Tuesday, March 22, 2011

Desktop untuk dijual

ada desktop untuk dijual macam tora datang lagi!

specification:
AMD ATHLON X2 245 2.90 Ghz

4.00 GB DDR2


1 TB WESTERN DIGITAL HDD (500GB + 500GB)


1GB DDR3 GPU ATI RADEON HD 4670


SAMSUNG DVD-RW


XP TRUEFASTER / 7-ULTIMATE 32-BIT OR 64-BIT OS (OPTIONAL)


SOME PART UNDER WARRANTY













setakat main dota 24 jam, desktop ni senyum je...
setakat main FIFA 2011, desktop ni pn senyum gak..
setakat main needforspeed hot pursuit, shift, ag la senyum je
setakat main prototype, senyum..


tak penah marah kepanasan ataupun lag...
semua gara2 kapasiti RAM ngan graphic yang sangat power..
1Tb harddisk yang bole menyimpan byk benda2...


so, dalam mnjaga desktop ni, memg cermat n tak penah pn ganas2 mahupun menumpahkan air teh ais kt desktop ni..


owner nak jual desktop ni sebab kehidupan student seharian yang menjadikan laptop lebih mudah dibawa kemana2...


..
letak harga RM2000..
bole nego kasi harga murah...


message me- 013-7581643 Hakim Sito
for further information.



Tuesday, March 15, 2011

list of incubatees UTM-MTDC incubator program

there are 8 garage companies, 5 enterprise company with total of 13 companies were registered as incubatees of UTM-MTDC incubator program as refer to this link:

http://www.mtdc.com.my/index.php?page=incubator/index&mod=4&id=utm_list

kebanyakan syarikat yang telah didaftarkan sebagai incubatees ini terletak di Technological Park, Skudai dan UTM-MTDC Technological Centre berdekatan dengan kampus Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.

kepada kawan2 seprogram, bole merujuk kepada syarikat berkenaan untuk bertanya kepada pihak universiti berkaitan dengan program incubation yang bermula sekitar 16Mei 2011.

tujuan incubation ini seperti dinyatakan adalah untuk merapatkan penglibatan pihak universiti dan syarikat2 untuk menghasilkan modal usahawan yang terbaik untuk menjana intelektual berkaitan inovasi dan perusahawanan.

sumber: http://www.mtdc.com.my/index.php?page=incubator/index&mod=4&id=intro

p/s: wang saku dan elaun adalah bergantung kepada ikhsan incubatees or mentor yg ambil kita sebagai pelatih. harap maklum.( bak kata lecture, inilah masa kita untuk berdikari dalam suasana perniagaan sebenar)
chalo~

Sunday, March 13, 2011

antara dua awek..

bosan punye bosa, gua pon bace new thread kt cariforum..gua pun jalan ngesot kat blog ke blog yang len..(bosan)..then, gua terbace membe gua post satu link novel cinta asmara kecundang....tangkap leleh gak lah...sebenarnye gua ni memg ati kadang2 tisu gak ah walaupun tak sehensem asmara kat tv..3 ari lepas gua ade follow blog ni..punye lah jiwang, gua layan first post dye...layan punya layan gua tak sengaja terbaca novel jiwang dye wat ni sampai habis...memg syahdu gak la...

share ngan korang:
http://awekchucktaylor.blogspot.com/


 gua tak puas ati sebab awek dye tinggalkan dye...so ape terjadi? gua masih termangu terkesima..

reformasi!

gua bukan nak diskus pasal reformasi abg gua che guevara mahupun auntie suu kyi, tapi gua nak sembang pasal blog gua yg semakin hari semakin jemu dan membosankan.
kenapa gua tak update blog
1. selalu membe gua nk remake dota sebab gua imba je...haha
2. sebab assgnment gua menimbun bak kamus walaupun tiada perkaitan dgn ismail kamus..
3. line kat venice sekarang ni tak support broadband maxis ni..so line u gua ni lembab umpama mnyaksikan siput babi cuba menaiki skateboard.
4. gua lupa password ni...haha

so, dalam beberapa hari yang tidak sesibuk nelson mandela 18tahun yg lampau, gua cuba mengupdate blog ini dengan ilmiah umpama perpustakaan desa.

p/s: gua memg noob dalam blog ni...

Saturday, January 1, 2011

tanggal 1 januari 2011

malam tadi genap masuk tahun baru..

aku kat mane?

aku dok bosan dan bosok depan laptop sambil main FIFA 11..DoTA

new year taun ni paling suram dan durja...
kat perlis ni memg tak taw la ape hiburan yg best...nak lepak pn takde tempat...

pagi,
baru aku bermula tido...
tapi abg tepon ptptn dah masuk...
best~
bangun pkul 3..
chat n msj ngan awek dak sekola...( tahap habis bosan dah ni)

sekarang,
aku menulis...
aku punye azam tahun ni ialah:

1. aku nak simpan duit yg agak banyak untuk kegunaan incubation
2. aku nak maintain pointer yg bagus2 kalo bole nak gak dekan..kewl siot naik pentas..hehe
3. aku nak cari satu idea untuk tambah duit poket....insyaALLAH
4. aku nak taffkan badan...hahaha
5. aku nak pastikan tahun ni penuh kejayaan akademik mahupun hidup...
6. aku nak dapat sorang awek cun yg kewl...hehe
7. aku nak jumpa membe2 lame yg tak jumpa2..( kene arrange reunion)
8. aku nak azam aku ni tercapai....
9. aku nak maintain kewl
10. aku nak langsaikan segala maslah membelenggu diri.hehe

cerita pasal azam, bole jadi macam saiful azam aku....
kan best kalo semua bende ni aku dapat..
tapi aku pn tak taw azam taun lepas...
ntah2 minggu depan aku dah lupe semua ni..

Wednesday, December 15, 2010

kenapa superbike mahal?

kalau cerita pasal superbike, semua cakap mahal...
berbanding semua keluaran superbike macam Honda, Ducati, Aprilia, Yamaha mahupun Triumph,
Kawasaki jugak yg menampilkan harga yg agak murah berbanding lain2 brand...
maybe pasal isu CKD and CBU....pasang siap Malaysia atau import fully by outside country....


kenapa bole jadi camni?


tax-rate untuk superbike adalah mahal seperti kereta mewah macam Lamborghini...(contoh)
average dalam 60% harga superbike tu sendiri....

GILER BABI!!!!

tu la orang cakap yg mampu pakai Ducati ni orang kaya raya jek...tpi kat luar ASEAN country, Ducati ni like

A BIG BOYS' TOYS!

kalau jatuh pun tak kisah....
ade orang cakap yg kita bole dapat latest R1 dengan harga $30k kat US...kalo kat Malaysia, yang tahun 2005 pon masih RM90k...


korang taw tak,
harga Ducati Monster kat Singapore hanya $22000...
kalau anggarkan nilai Malaysia, boleh mencecah RM70000...
tapi, kalau orang Malaysia nak beli Ducati, paling tidak RM100k n above...
kalau kat kedai kita boleh taw harga Kawasaki ZX-6r dalam RM70000....
so, dengan harga yg same, kita dapat bezakan antara Ducati ataupun ZX6R..

kalau korang nak taw,
korang boleh beli superbike kat Singapore sekiranya tiada halangan daripada pihak berkuasa. then, korang boleh pakai superbike tu atas jalan raya di Malaysia kalau memenuhi certain2 syarat.
Untuk membawa balik kenderaan tersebut secara kekal ke Malaysia, korang kena dapat AP (Approval Permit) daripada pihak Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). 
ni aku amek dari page manentah pasal nak bawak masuk moto Singapore ke Malaysia.
LAMPIRAN – PROSEDUR MEMANDU MASUK KENDERAAN DARI LUAR NEGARA KE MALAYSIA
Mana-mana warganegara asing atau warganegara Malaysia yang mempunyai status Penduduk Tetap (PR) atau permit bekerja yang sah dari mana-mana negara asing, dibenarkan membawa masuk satu kenderaan atau satu motorsikal; jika memenuhi syarat-syarat di bawah:
  1. Kenderaan telah didaftarkan oleh pihak berkuasa yang bertanggungjawab untuk pendaftaran atau pelesenan kenderaan motor di negara tersebut;
  2. Kenderaan hendaklah dieksport semula dalam tempoh tiga bulan dari tarikh import;
  3. Pemandu kenderaan hendaklah memohon Permit Pergerakan Antarabangsa (ICP) daripada Jabatan Pengangkutan Jalan, Malaysia dan mempamerkan permit tersebut pada kenderaan di pintu masuk. Walau bagaimanapun, pemandu yang membawa masuk kenderaan yang didaftarkan di Singapura dan Brunei adalah dikecualikan.
  4. Di pintu masuk sempadan Malaysia, pengimport perlu mengemukakan Sijil Pendaftaran Kenderaan dan lain-lain dokumen kepada pegawai kastam yang hak jika dikehendaki untuk pengesahan dan kelulusan.
LECEH!

harga memang bole mampu kalo nak pakai moto import macam Ducati, tapi bole ke kita mampu nak pakai AP yg mahal giler babi....moto RM100k bole cecah RM200k....
kalau kita ada makcik macam Dato seri Rafidah Aziz, bole la lulus pakai AP sampai bape byk pon....
adui....leceh la Malaysia ni....

sampai bila orang Malaysia nak pakai moped jek...
paling terer pon Yamaha LC n RXZ king of the road...
safety kureng berbanding superbike yg ade ABS, Dual Discbrake n macam2 ag....

sekali sakala nak gak tengok budak sekola naik moto pakai Ducati Hypermotard...baru kewl..
hahahhaa....






sekadar bebelan je n nak share pasal kenapa susah sangat orang Malaysia nak pakai moto besar ni.....
haish!

Thursday, November 18, 2010

motor dan aku

so, aku nak bagitau tentang keobsesan aku terhadap moto ni....
keobsesan ku telah di kurniakan idea kepada moto burok HONDA EX5 High Power JGK7891
mula2 dapat moto ni memg barai...ayah aku amek dan antar bengkel untuk betulkan moto aku ni...
memg best la kalo ayah bg moto walaupun moto body lari...hahhaa..thanx byk2 ayah!!! sayang ayah!

first modification, aku overhaul moto ni pakai tangan aku dan shabat ku...
first..
-FAITO Racing Cam S4
-57mm iron racing block
- FAITO racing carbon engine bearing
- racing clutch spring
- spocket rear 30, front 16

memg sedap aku pakai barang ni...
malam minggu menjemput aku untuk race..
sedap memg sedap tapi ade 1 prob...
CARBURETOR STANDARD!!!
memg la tak ley makan moto yg pakai TS125 ngan Wave 125 carb..
aadoi...sampai la aku dapat pakai KIPS150...
first pakai memg sedap tapi memg macam sial gak angin..
tak sempat perform, grandshaft aku patah kat auto...
aku pn heran..ape local sebelum ni?
haha..kopak ag rm200...
so, sekarang moto aku standard balik...
zaman bersuka ria telah berakhir...

-moto ku yg burok

my mid term goal is HONDA CBR600RR
aku target tengah2 sebab moto ni mahal gak...
tahun 2005 model, harga cecah RM35k..
mane mampu aku kalo gaji buta rm1500
so, kene keje dulu baru dpat rase...


-moto idaman~
FYI,
aku sebenarnya takde lesen moto B2 ataupun B
aku memg koboi je kat mane2 bawak moto...
kalo ade lesen, tapi tak cekap wat pe..baru nampak polis dah gelabah langgar pokok..apecer..
aku relax je..polis nak saman, saman la...janji aku bawak moto tak macam SAMSENG JALANAN!
bawak cikaro berlagak bawak moto tunjuk lagak...kang kalo eksiden mati sorang2 takpe...
ni dengan awek2 tu mati..sape nak jawab? hahhaa

so aku masih setia dengan moto adikku..JLA1249...
moto ni memg aku sayang..
takkan usik walau satu nat pon...

-sayang moto ni...